Wednesday 18 August 2010

PRINSIP YANG HARUS DI PEGANG OLEH GURU SEMASA MENJALANKAN MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL



ANALISIS SWOT







IMPLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP P& P

Aktiviti Main Peranan dalam Model Pengajaran Sosial

MAIN PERANAN
            Setelah memahami kumpulan pertama model pengajaran sosial iaitu pembelajaran koperatif dan kolaborasi, terdapat kumpulan kedua dalam model pengajaran sosial iaitu Main Peranan. Seperti yang sedia maklum, pembelajaran koperatif berkonsepkan kepada kerja secara berkumpulan. Manakala pada bahagian main peranan ini pula ialah salah satu kaedah yang membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan.
            Melalui kaedah main peranan ini, proses pengajaran berlaku apabila murid-murid diberi peluang untuk berbincang, berkomunikasi secara dua hala untuk memberi pandangan, pendapat dan idea masing-masing berkenaan perkara yang dibincangkan. Dari dimensi peribadi pula model ini berusaha membantu pelajar menemukan makna dari sesuatu yang bermanfaat bagi dirinya. Juga melalui model ini pelajar dididik untuk belajar menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dihadapinya dengan bantuan kumpulan yang dianggotai teman-teman sekelas. Main peranan merupakan kaedah secara berkumpulan yang berorientasikan proses, iaitu pelajar berlakon atau mengsimulasikan situasi dalam kehidupan sebenar. Ia merupakan suatu situasi yang melibatkan pelajar memegang suatu peranan samada sebagai dirinya sendiri ataupun menjadi individu yang lain. Melalui situasi ini, pelajar berpeluang untuk beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah diarahkan.
            Dalam kaedah main peranan, pelajar perlu memainkan peranannya seperti yang telah diarahkan. Setiap pelajar perlu menonjolkan diri mereka untuk memainkan peranan menjiwai sebagai watak tersebut dan kebiasaannya ia tidak ada masalah yang perlu diselesaikan. Dalam kaedah main peranan ini, ia memberi penekanan kepada kepada kuailiti dan mutu aksi yang ditunjukkan oleh setiap pelajar dan kepekaan pelajar itu pada keperluan peranannya. Aktiviti main peranan boleh dijalankan didalam bilik darjah dengan melibatkan kesemua pelajar atau sebahagian pelajar sahaja didalam kelas tersebut. Manakala pelajar yang tidak terlibat dalam melakokan watak boleh menjadi pemerhati kepada situasi yang akan dilakonkan.

PRINSIP-PRINSIP MAIN PERANAN.
            Terdapat beberapa prinsip dalam main peranan. Ia berkaitan dengan senario, peranan dan taklimat hendaklah disesuaikan supaya dapat menghasilkan aktiviti main peranan yang menyeluruh dan menyeronokkan. Sebagai guru, haruslah memainkan peranan dengan memastikan bahawa pelajarnya memahami situasi dan peranan masing-masing sebelum memulakan aktiviti. Ia mestilah jelas dan masa yang diberikan kepada pelajar untuk membuat persediaan harus mencukupi supaya aktiviti berjalan lancar. Masa yang paling sesuai menjalankan aktiviti ini antara 15 hingga 20 minit. Pemerhati, contohnya guru harus mencatat pandangan dengan menggunakan borang penilaian atau senarai semak.

Terdapat juga lima jenis main peranan iaitu;
1. Memerihal – ia merupakan satu cara komunikasi iaitu peserta memerihal suatu situasi atau masalah. Seperti contoh pelajar meminta kebenaran untuk menganjurkan lawatan sambil belajar.
2. Demonstrasi – demonstrasi ialah menunjukkan contoh tingkah laku kepada sesuatu perkara. Contohnya seorang guru menunjukkan contoh cara pertuturan bahasa yang baik sebelum para pelajar melakukan aktiviti main peranan.
3. Latihan – latihan yang kerap dapat membantu pelajar menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi seperti contoh pelajar kerap melibatkan diri dalam aktiviti atau memegang jawatan sebagai seorang pengerusi.
4. Cerminan – pelajar didedahkan bagaimana tingkah mereka dilihat oleh orang lain semasa dalam situasi tertentu. Contohnya, seorang pelajar memarahi rakan sekelasnya kerana melakukan sesuatu perkara, oleh yang demikian pelajaran akan belajar menghadapi sesuatu situasi.
5. Kepekaan – memberi kesedaran kepada pelajar supaya peka tentang perasaan sendiri atau orang lain pada sesuatu situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan apabila ada pelajar lain menuduhnya mencuri duit persatuan.

            Main peranan merupakan salah satu alternative yang dapat ditempuh. Keputusan penyelidikan dan percubaan yang dilakukan oleh para ahli menunjukkan bahawa bermain peranan merupakan salah satu model yang boleh digunakan secara efektif dalam pembelajaran. Ia mempunyai banyak kelebihan iaitu ia memberikan peluang kepada pelajar supaya aktif melibatkan diri dalam aktiviti lakonan dan perbincangan. Selain itu ia melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri pengalaman semasa berada dalam situasi tersebut. Melalui aktiviti ini mereka akan memahami tingkah laku orang lain disamping dapat mempelajari dan menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa, sebutan dan cara penyampaian.
            Aktiviti main peranan dalam model pengajaran sosial ini dijangka dapat membantu pelajar yang pasif didalam kelas untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan sekali gus dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Manakala pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial dengan cara berinteraksi sesama mereka dengan cara komunikasi yang berkesan dengan watak-watak lain. Tambahan pula, pelajar diberikan peluang untuk melahirkan pelbagai perasaan atau emosi mengikut watak-watak yang dimainkan, pelajar juga dapat berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendiri secara lebih mendalam. Hal ini secara langsung melatih pelajar untuk mengawal emosi dan perasaan pelajar ketika menghadapi suatu situasi. Kaedah ini lebih berkesan jika diaplikasikan sewaktu pengajaran mata pelajaran.
            Model main peranan boleh digunakan oleh semua pelajar tanpa mengira tahap ataupun pencapaian akademik. Selain itu juga, model ini boleh digunakan untuk meneroka sebarang situasi atau topik dalam pembelajaran. Ia amat berguna dalam P&P sains sosial di mana pelajar dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain.Sebagai seorang guru juga, kita boleh menggunakan kaedah kumpulan main peranan ini untuk menilai tahap kompetensi para pelajar. Aktiviti-aktiviti sebegini bergantung kepada kreativiti seorang guru untuk mempelbagaikan kaedah main peranan sebagai alat pembelajaran serta penilaian. Guru yang kreatif sentiasa mencari pendekatan baru dalam menyelesaikan masalah, tidak hanya diam dan monoton, melainkan guru itu sedang menilai.

http://3.bp.blogspot.com/_54PDd160Xbk/TGviCPlYo3I/AAAAAAAAADk/RN7qOZ21a8o/s1600/CIMG0165%5B1%5D.JPG
                                                murid-murid melakukan aktiviti main peranan 

http://2.bp.blogspot.com/_54PDd160Xbk/TGvj_OjWY7I/AAAAAAAAADs/wqemLFogDr0/s320/role-playing%5B1%5D.jpg
                                            guru harus kreatif untuk menarik minat murid-murid

Simulasi

MODEL PEMBELAJARAN SIMULASI
Model pembelajaran Simulasi dapat digunakan sebagai kaedah mengajar dengan anggapan tidak semua proses pembelajaran dapat dilakukan secara langsung pada objek yang sebenarnya. Antara contoh stimulasi ialah, memperagakan proses terjadinya suatu upacara tertentu sebagai latihan untuk upacara sebenarnya supaya tidak gagal dalam waktunya nanti. Demikian juga untuk mengembangkan pemahaman dan penghayatan terhadap suatu peristiwa yang lebih banyak mengarah kepada psikomotor , maka penggunaan model pembelajaran simulasi  akan sangat bermanfaat.
Berdasarkan huraian tersebut, di sini akan membahas model pembelajaran simulasi yang merupakan salah satu model pembelajaran kooperatif  untuk melatih siswa agar lebih terampil. Dalam ruangan ini permasalahan yang akan dibincangkan adalah :
(1). Apa yang dimaksudkan dengan model pembelajaran simulasi? 
(2). Bagaimana penerapan model pembelajaran simulasi ?
Tujuan penulisan ini adalah untuk mengetahui model pembelajaran simulasi dan penerapan model pembelajaran simulasi. Manfaat penulisan ini  ialah sesuai bagi pembaca terutama guru yang ingin mengetahui dan menerapkan model pembelajaran simulasi dalam proses pembelajaran.

 MODEL PEMBELAJARAN SIMULASI
Pengertian Model Pembelajaran Simulasi
Simulasi berasal dari kata simulate yang ertinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Sebagai kaedah mengajar, simulasi dapat diertikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu.

Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses.  Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan.

Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses siber etika.  Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikawal, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.
Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk:
(1) melatih keterampilan tertentu untuk bersifat profesional bagi kehidupan seharian,
(2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip,
(3) melatih memecahkan masalah,
(4) meningkatkan keaktifan belajar,
(5) memberikan motivasi belajar kepada siswa,
(6) melatih siswa untuk mengadakan kerjasama dalam situasi berkumpulan,
(7) menumbuhkan daya kreatif siswa,
(8) melatih siswa untuk mengembangkan sikap toleransi.

Karakter  Model Pembelajaran Simulasi
Menurut Joyce dan Weil (1980) dalam Udin (2001:66), model ini memiliki tahap-tahap berikut :
1.   Sintakmatik
Tahap I. Orientasi
1.  Menyediakan berbagai topik simulasi dan konsep-konsep yang akan diintegrasikan dalam proses simulasi.
2.  Menjelaskan prinsip Simulasi dan permainan.
3.  Memberikan gambaran teknis secara umum tentang proses simulasi.
Tahap II. Latihan bagi peserta
1.  Membuat senario yang mempunyai peraturan, peranan, langkah, pencatatan, bentuk keputusan  yang harus dibuat, dan tujuan yang akan dicapai.
2.  Menugaskan para pelajar dalam simulasi
3.  Mencuba secara singkat suatu episod
Tahap III. Proses simulasi
1.  Melaksanakan aktiviti permainan dan pengaturan kegiatan tersebut.
2.  Memperoleh gerak balas dan evaluasi dari hasil pengamatan terhadap persembahan pelajar.
3.  Menjelaskan perkara-perkara yang salah konsep
4.  Melanjutkan permainan/simulasi
Tahap IV. Pemantapan dan debriefing
1.  Memberikan ringkasan mengenai kejadian dan persepsi yang timbul selama simulasi.
2.  Memberikan ringkasan mengenai halangan-halangan dan wawasan para peserta.
3.  Menganalisis proses
4.  Membandingkan aktiviti simulasi dengan dunia nyata.
5.  Menghubungkan proses simulasi dengan  isi pelajaran.
6.  Menilai dan merancang kembali simulasi.

2.    Sistem Sosial
Didalam simulasi, pengajar harus dengan sengaja memilih jenis kegiatan dan mengatur siswa dengan merancang kegiatan yang utuh dan padat mengenai sesuatu proses.  Kerana itu, model ini termasuk model yang terstruktur.  Namun demikian, kerjasama antara peserta sangat diperhatikan.  Keberhasilan dari model ini tergantung pada kerjasama dan kehendak dari siswa untuk secara bersungguh-sungguh melaksanakan aktiviti ini.

3.    Prinsip reaksi/pengelolaan
Dalam model ini, pengajar berperanan sebagai pemberi kemudahan atau fasilitator.  Dalam keseluruhan proses simulasi, pengajar bertugas dan bertanggung jawab atas terancangnya suasana belajar dengan cara menunjukkan sikap yang mendukung atau supportif dan tidak bersifat menilai atau evaluatif.  Dalam hal ini, pengajar bertugas untuk lebih dahulu mendorong pengertian dan pentafsiran para siswa terhadap isi dan makna dari simulasi tersebut.

4.   Sistem Pendukung
Peralatan  yang diperlukan untuk mendukung pelaksanaan simulasi ini bervariasi, mulai dari yang paling sederhana dan murah, ke yang paling kompleks dan mahal.  Contohnya bila peralatan yang dipergunakan berbentuk simulator elektronik, tentu hal ini memerlukan perbelanjaan yang besar

Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran Kooperatif
Manusia pada dasarnya suka bekerjasama, berdebat, berdiskusi, dan selalu berupaya menyaingi kompetensi yang dimiliki lawan debat atau diskusinya (Lih. Johnsosn dan Johnson, 1990. Sharan, 1990, Thelen, 1960).

            Fokus utama  pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial.

            Pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah  untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Mereka akan dapat berusaha dalam suatu pasukan heterogen, saling bergantung, tidak bersaing sesame mereka, tetapi sama-sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan (Heinich et al., 2005)


STRATEGI KOPERATIF 
Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.


Pembelajaran Koperatif (PK)
Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. 


Definisi dan konsep
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah:

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.

Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.

Ciri-ciri utama pembelajaran koperatif.
Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi:
• Pencapaian akademik
• Kepekaan positif kepada kepelbagaian
• Pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah:

·                     K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)

·                     Include everyone (libatkan semua ahli – elakkan passenger)

·                     Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)

·                     S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)

·                     Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)

·                     S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)


Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif
Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini merangkumi:
• Pasukan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif,
• Kemahiran sosial
• Pengurusan (termasuk isyarat senyap)
• Prinsip PIES
• Struktur-struktur (Kagan)

Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah
P Pergantungan positif (Positif interdependence)
I Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)
E Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)
S Interaksi serentak (Simultaneous interaction)
Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.


Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui:
• Bilik darjah yang demokratik
• Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar
• Peranan guru sebagai fasilitator dan mentor

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif.

 Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.
Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.

Ganjaran kumpulan:
Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

Tanggungjawab individu:
Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.

Peluang yang sama untuk berjaya:
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.

Matlamat kumpulan:
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut.

Peranan ahli:
Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya.

Interaksi:
Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.

Kemahiran berkumpulan:
Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran menguruskan sebarang konflik yang timbul di dalam kumpulan.

Penilaian kumpulan:
Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif
Dalam menerangkan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, terdapat dua model yang boleh dijadikan rujukan. Model-model tersebut adalah model yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson dan model Kagan. Topik ini akan menfokuskan kepada prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan.
PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan.
 

Apakah PIES?
Positive Interdepence
(Saling Kebergantungan Secara Positif):
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.
Individual Accountability (Akauntabiliti Individu):
Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu.
Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.
Equal Participation (Penglibatan Sama Rata):
Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata.
Structure (Struktur):
Terdapat banyak struktur dalam model Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masing-masing. Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulang-ulangan.


Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:
1. Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
Pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.
2. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.
3. Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
4. Social Skills (Kemahiran Sosial)
Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif
Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai menerusi salah satu dari kemahiran-kemahiran di bawah:

1. Think-Pair-Share
Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas.
2. Round Robin
Di dalam struktur ini, setiap pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka.
3. Persemukaan (Trade a Problem)
Di dalam struktur ini, setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B.
4. Pembahagian tugas (Assigning Roles)
Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya.

Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian.
Perancangan:
• memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan (content)
• memilih struktur yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran (samada untuk tujuan pencapaian akademik atau kemahiran sosial)
• menentukan kriteria untuk membentuk pasukan pelajar (secara rawak, mengikut pelbagai kebolehan / mixed ability dll.)
• menyediakan bahan sama ada kad arahan, kertas sebak dan lain-lain.
• merancang penggunaan optima masa dan ruang ( Jigsaw – sebagai parallel session ) dan ruang (susun atur tempat duduk dll.)

contoh kedudukan tempat duduk:

 # Kelompok Untuk Kelompok
# model u dalam kelas

matlamat pembelajaran:
• memberi maklumat asas untuk membentu proses p & p (bahan cetak,
• penubuhan pasukan
• menentukan langkah penyelarasan aktiviti (silent signal, gatekeeper, sistem ganjaran dll.)
• menentukan pengendalian aktiviti penilaian (pembentangan, pair-check dll.)
Pengurusan:
• membentuk semangat pasukan/ bekerjasama (pergantungan)
• menjelaskan kemahiran sosial (berkongsi – roundrobin, pair checks ; penglibatan sama rata – talking chips , timed pair share dll.)
• melakukan brain breaks (aktivitiuntuk mengekalkan dan meningkatkan motivasi)


Penilaian merujuk kepada:
• masteri (berpandukan Taksonomi Bloom)
• kemahiran berfikir
• pengongsian maklumat (samada antara ahli pasukan atau antara pasukan-pasukan lain).
• kemahiran berkomunikasi


Rumusan

·         Antara kelebihan pembelajaran koperatif ialah:

·         Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan.

·         Membawa manfaat kepada pelajar lemah yang mendapat bantuan daripada pelajar cerdas.

·         Kajian menunjukkan perhubungan etnik bertambah baik dalam kalangan pelajar.

·         Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan social secara positif dalam kalangan pelajar.

·         Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar.

·         Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan memepunyai motivasi intrinsic.

·         Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang sesuai.

·         Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan dalam  aktiviti kognitif dan afektif.

Ringkasnya, pembelajaran koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat
Berasaskan kepada ‘brain-based learning’, gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai, pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya. Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya dan unsur-unsur dalam persekitarannya
Masa untuk mengendalikan sesuatu struktur adalah fleksibel. Adalah diharapkan pelajar dapat didedahkan dengan seberapa banyak struktur yang dapat sesuai dengan mata pelajaran masing-masing. Untuk meningkatkan kemahiran ini, pelajar diharap dapat belajar secara terarah kendiri.

video mengenai kooperatif oleh Kagan>>>(sila klik link)


Sunday 8 August 2010

Konsep Model Pengajaran



Konsep Pengajaran
Sebelum mempelajari apa yang dimaksudkan model pengajaran, mari kita memahami konsep pengajaran yang sering dilakukan oleh para pendidik kini. Pengajaran ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan &; menguasai kemahiran yang diperlukan. (Mok Soon Sang, 2004).

 Sebagai seorang pendidik, antara nilai-nilai yang harus ada pada seorang guru ialah tidak mudah berputus asa dan menyatakan kesanggupan utk mencari ilmu sepanjang hayat tanpa perasaan jemu. Guru juga harus menghormati murid atau para pelajarnya dan tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan yng sedia ada dalam dirinya. Tidak jemu membimbing, mengarah, membantu anak didiknya dengan bersunggunh-sungguh. Selain itu, mereka juga mesti menghadapi cabaran diri dan menyelesaikannya secara profesional. Selain itu, turut menyumbang bakti menyalurkan nilai budaya dan kepada masyarakat sekeliling. (Evans & Brueckner, 1992).

Model Pengajaran
          Secara kesimpulannya, model-model pengajaran boleh dibahagikan kepada empat kumpulan model iaitu model pemprosesan maklumat, model behavioral, model sosial dan model personal.model-model ini dikategorikan kepada empat kumpulan kerana setiap model-model tersebut mempunyai orientasi falsafah dan psikologi yang sama terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar. Maka pada setiap model
 Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian kemahiran , ilmu pengetahuan , sikap dan nilai. Ia akan menyebabkan perubahan tingkah laku pelajar. Menurut Yaxley, B.G. ( 1991 ) pengajaran merupakan aktiviti intelek di mana sesuatu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan nilai dan makna. Pengajaran yang baik bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar . Penunjuk kepada kualiti pembelajaran yang baik dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku yang dialami pelajar. Kejayaan seseorang pelajar adalah pengukuran kepada tahap keupayaan guru dalam melaksanakan tugas mereka dalam bilik darjah . Oleh yang demikian setiap guru perlulah menghayati setiap model pembelajaran yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar pendidikan.

           Secara umumnya, model pengajaran boleh dikatakan sebagai suatu perihalan yang berkaitan dengan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multimedia serta pengajaran yang memerlukan bantuan komputer, lembaran-lembaran kerja, dan sebagainya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran ini seelok-eloknya direka bentuk agar bersesuaian dengan pelbagai fungsi untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej, institusi dan pengajian tinggi. Ia juga perlu diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan. Atau dalam erti lain, model pengajaran sebenarnya sama dengan model pembelajaran.
-model pengajaran yang terdapat dalam sistem pendidikan mempunyai tokoh-tokoh tersendiri yang mengkaji model-model pengajaran tersebut.


Friday 6 August 2010

Biodata Pengasas Model Pengajaran Sosial



MENGENAL MR BANDURA…
  • Dr. Albert Bandura lahir pada 4 Disember 1925 di Kanada
  • Keluarganya sangat mementingkan ilmu pengetahuan. 
  • Semasa di Universiti Columbia British, beliau lebih berminat mengkaji bidang psikologi daripada bidang pengkhususan beliau iaitu, sains biologi, mendapat ijazah sarjana dalam bidang psikologi.
  • Pernah menulis artikel ‘The Psychology of Chance Encounters and Life Paths’
  • Meneruskan pengajian di Universiti Lowa dan mendapat ijazah sarjana pada 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikutnya.
  • Berkahwin dengan Virginia yang merupakan pengurus di Obstetrics Hospital pada 1952 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel-comel.
  • Pernah berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford pada 1953.
  • Kini menjadi Profesor Psikologi sepenuh masa pada tahun 2002 sehingga sekarang.
  • Mula mengkaji tentang pengajian sosial. bekerjasama dengan anak muridnya, Richard Walters mengemukakan proses modeling. Konsep ini bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan membuatkan beliau menghasilkan buku pertama beliau ‘Adolescent Aggression’ (1973)
  • Buku kajian terperinci tentang teori pembelajaran sosial diterbitkan pada 1977.
  • Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran..
 Dr Albert Bandura....Pengasas Teori Sosial


Konsep Peniruan oleh Dr Albert Bandura