Wednesday 18 August 2010

Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran Kooperatif
Manusia pada dasarnya suka bekerjasama, berdebat, berdiskusi, dan selalu berupaya menyaingi kompetensi yang dimiliki lawan debat atau diskusinya (Lih. Johnsosn dan Johnson, 1990. Sharan, 1990, Thelen, 1960).

            Fokus utama  pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial.

            Pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah  untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Mereka akan dapat berusaha dalam suatu pasukan heterogen, saling bergantung, tidak bersaing sesame mereka, tetapi sama-sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan (Heinich et al., 2005)


STRATEGI KOPERATIF 
Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.


Pembelajaran Koperatif (PK)
Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. 


Definisi dan konsep
Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah:

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.

Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.

Ciri-ciri utama pembelajaran koperatif.
Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi:
• Pencapaian akademik
• Kepekaan positif kepada kepelbagaian
• Pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah:

·                     K Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)

·                     Include everyone (libatkan semua ahli – elakkan passenger)

·                     Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)

·                     S Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)

·                     Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)

·                     S Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /berempat dalam jarak lebih kurang 6 inci.)


Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif
Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini merangkumi:
• Pasukan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif,
• Kemahiran sosial
• Pengurusan (termasuk isyarat senyap)
• Prinsip PIES
• Struktur-struktur (Kagan)

Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah
P Pergantungan positif (Positif interdependence)
I Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)
E Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)
S Interaksi serentak (Simultaneous interaction)
Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.


Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui:
• Bilik darjah yang demokratik
• Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar
• Peranan guru sebagai fasilitator dan mentor

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif.

 Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.
Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.

Ganjaran kumpulan:
Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

Tanggungjawab individu:
Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.

Peluang yang sama untuk berjaya:
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.

Matlamat kumpulan:
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut.

Peranan ahli:
Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya.

Interaksi:
Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.

Kemahiran berkumpulan:
Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran menguruskan sebarang konflik yang timbul di dalam kumpulan.

Penilaian kumpulan:
Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif
Dalam menerangkan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, terdapat dua model yang boleh dijadikan rujukan. Model-model tersebut adalah model yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson dan model Kagan. Topik ini akan menfokuskan kepada prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan.
PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan.
 

Apakah PIES?
Positive Interdepence
(Saling Kebergantungan Secara Positif):
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.
Individual Accountability (Akauntabiliti Individu):
Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu.
Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.
Equal Participation (Penglibatan Sama Rata):
Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata.
Structure (Struktur):
Terdapat banyak struktur dalam model Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masing-masing. Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulang-ulangan.


Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:
1. Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
Pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.
2. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.
3. Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
4. Social Skills (Kemahiran Sosial)
Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif
Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai menerusi salah satu dari kemahiran-kemahiran di bawah:

1. Think-Pair-Share
Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas.
2. Round Robin
Di dalam struktur ini, setiap pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka.
3. Persemukaan (Trade a Problem)
Di dalam struktur ini, setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B.
4. Pembahagian tugas (Assigning Roles)
Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya.

Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian.
Perancangan:
• memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan (content)
• memilih struktur yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran (samada untuk tujuan pencapaian akademik atau kemahiran sosial)
• menentukan kriteria untuk membentuk pasukan pelajar (secara rawak, mengikut pelbagai kebolehan / mixed ability dll.)
• menyediakan bahan sama ada kad arahan, kertas sebak dan lain-lain.
• merancang penggunaan optima masa dan ruang ( Jigsaw – sebagai parallel session ) dan ruang (susun atur tempat duduk dll.)

contoh kedudukan tempat duduk:

 # Kelompok Untuk Kelompok
# model u dalam kelas

matlamat pembelajaran:
• memberi maklumat asas untuk membentu proses p & p (bahan cetak,
• penubuhan pasukan
• menentukan langkah penyelarasan aktiviti (silent signal, gatekeeper, sistem ganjaran dll.)
• menentukan pengendalian aktiviti penilaian (pembentangan, pair-check dll.)
Pengurusan:
• membentuk semangat pasukan/ bekerjasama (pergantungan)
• menjelaskan kemahiran sosial (berkongsi – roundrobin, pair checks ; penglibatan sama rata – talking chips , timed pair share dll.)
• melakukan brain breaks (aktivitiuntuk mengekalkan dan meningkatkan motivasi)


Penilaian merujuk kepada:
• masteri (berpandukan Taksonomi Bloom)
• kemahiran berfikir
• pengongsian maklumat (samada antara ahli pasukan atau antara pasukan-pasukan lain).
• kemahiran berkomunikasi


Rumusan

·         Antara kelebihan pembelajaran koperatif ialah:

·         Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan.

·         Membawa manfaat kepada pelajar lemah yang mendapat bantuan daripada pelajar cerdas.

·         Kajian menunjukkan perhubungan etnik bertambah baik dalam kalangan pelajar.

·         Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan social secara positif dalam kalangan pelajar.

·         Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar.

·         Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan memepunyai motivasi intrinsic.

·         Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang sesuai.

·         Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan dalam  aktiviti kognitif dan afektif.

Ringkasnya, pembelajaran koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat
Berasaskan kepada ‘brain-based learning’, gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai, pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya. Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya dan unsur-unsur dalam persekitarannya
Masa untuk mengendalikan sesuatu struktur adalah fleksibel. Adalah diharapkan pelajar dapat didedahkan dengan seberapa banyak struktur yang dapat sesuai dengan mata pelajaran masing-masing. Untuk meningkatkan kemahiran ini, pelajar diharap dapat belajar secara terarah kendiri.

video mengenai kooperatif oleh Kagan>>>(sila klik link)


No comments:

Post a Comment